CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah. Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

~We All Four~


Wednesday 18 May 2011

Kolestrol memanjangkan usia lelaki....

kolesterol dlm pembuluh darah 300x181 BeNaRKaH KoLeSTeRoL MaMPu PaNJaNGKaN USia LeLaKi

Gambaran menunjukkan kolesterol dalam pembuluh darah

Kolesterol dan Usia Lelaki

Penelitian menunjukkan, kualiti kesihatan seseorang lelaki dapat ditentukan pula oleh kadar kolesterol dalam darahnya. Mereka yang mampu menjaga kestabilan kadar kolesterol baik atau HDL, secara relatifnya memiliki umur yang panjang.

Menurut kajian para peneliti di Boston yang diterbitkan oleh American Journal of Cardiology, lelaki yang mampu mencapai usia 85 tahun cenderung memiliki tahap kolesterol HDL yang tinggi ketika berusia 60an. Lelaki yang mempunyai kadar HDL paling tinggi, risikonya kurang dari 28 peratus meninggal dunia di usia 85 tahun, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai kadar HDL paling rendah.

Dr. Nir Barzilai dari Institute for Aging Research serta Albert Einstein College of Medicine di New York, AS, berpendapat hasil penelitian ini menunjukkan bukti bahawa kolesterol juga mempunyai peranan penting dalam menentukan kualiti kesihatan seseorang.

Kita juga harus selalu ingat bahawa ini adalah suatu hubungan, dan bukan bererti memiliki HDL yang tinggi dapat meningkatkan harapan untuk terus hidup, ujar Barzilai.

Menurut American Heart Association, terdapat sekitar 12 juta orang di Negeri Paman Sam mengidap sakit jantung dan strok berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2006. Tetapi risiko gangguan jantung sebenarnya dapat diturunkan dengan cara menjaga paras kolesterol serta HDL tetap tinggi. Kadar HDL yang rendah, kurang dari 40 miligram per desiliter (mg/dL) dalam darah, selama ini juga dikenalpasti dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Penurunan Risiko

Ilmuwan dari Massachusetts Veterans Epidemiology and Research Information Center di Boston, AS, melakukan kajian terhadap 650 veteran ketika mereka berusia sekitar 65 tahun. Kemudian, veteran ini dikelompokkan berdasarkan paras HDL mereka.

Bermula dari kadar yang terendah iaitu 40 mg/dL, peneliti telah menghasilkan satu penemuan bahawa setiap 10 mg/dL peningkatan HDL, seseorang lelaki mengalami penurunan risiko 14 peratus meninggal dunia di usia 85 tahun. Secara keseluruhannya, ada 375 veteran yang dapat bertahan sehingga menjangkau usia tersebut.

Selain itu, didapati tidak ramai lelaki yang mempunyai kadar HDL yang tinggi mengalami kegemukan dan di antara mereka cenderung mengambil minuman alkohol tidak melebihi dua gelas sehari. Di antara mereka juga terdapat lebih sedikit yang mengalami gangguan jantung dan merokok, dibandingkan dengan kelompok yang mempunyai paras HDL yang rendah.

Menurut Barzilai lagi, faktor-faktor tersebut juga mungkin memberikan pengaruh terhadap daya tahan para lelaki. Walaupun begitu, para peneliti tidak mengambil kira faktor-faktor tersebut, dan hasil kajian telah menunjukkan hubungan yang kuat antara pencapaian usia 85 tahun dengan tingginya kadar HDL.

Barzilai menambah lagi, untuk mengubah kadar HDL dalam tubuh bukanlah suatu perkara mudah. Bersenam mungkin akan dapat membantu, tetapi ketika ini, belum ada cara yang paling efisien untuk memperbaiki kadar HDL.

Akhirnya kita mungkin juga perlu kepada ubat-ubatan, ujarnya.

Menurut Mayo Clinic, pengambilan suplemen salah satu jenis vitamin B iaitu niacin mungkin dapat membantu meningkatkan paras HDL antara 15 hingga 35 peratus. Tetapi, ada risiko kesan sampingannya iaitu kerosakan pada hati dan peningkatan kadar gula dalam darah. Walaubagaimanapun masih terdapat sumber niacin semulajadi dari produk tenusu, daging tanpa lemak, kekacang, telur dan ikan.

Sumber: http://health.kompas.com/read/2011/03/01/14314763/Kolesterol..Kunci.Panjang.Umur.Pria

No comments:

Post a Comment