CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah. Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

~We All Four~


Tuesday 5 July 2011

..:: ShUUuu ::..

lama tul mama membatukan diri... busy la katakan.... nak melayan hero2 mama... nantilah mama update blog nih... buat masa skarang masih malas lagi...

Wednesday 18 May 2011

Kolestrol memanjangkan usia lelaki....

kolesterol dlm pembuluh darah 300x181 BeNaRKaH KoLeSTeRoL MaMPu PaNJaNGKaN USia LeLaKi

Gambaran menunjukkan kolesterol dalam pembuluh darah

Kolesterol dan Usia Lelaki

Penelitian menunjukkan, kualiti kesihatan seseorang lelaki dapat ditentukan pula oleh kadar kolesterol dalam darahnya. Mereka yang mampu menjaga kestabilan kadar kolesterol baik atau HDL, secara relatifnya memiliki umur yang panjang.

Menurut kajian para peneliti di Boston yang diterbitkan oleh American Journal of Cardiology, lelaki yang mampu mencapai usia 85 tahun cenderung memiliki tahap kolesterol HDL yang tinggi ketika berusia 60an. Lelaki yang mempunyai kadar HDL paling tinggi, risikonya kurang dari 28 peratus meninggal dunia di usia 85 tahun, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai kadar HDL paling rendah.

Dr. Nir Barzilai dari Institute for Aging Research serta Albert Einstein College of Medicine di New York, AS, berpendapat hasil penelitian ini menunjukkan bukti bahawa kolesterol juga mempunyai peranan penting dalam menentukan kualiti kesihatan seseorang.

Kita juga harus selalu ingat bahawa ini adalah suatu hubungan, dan bukan bererti memiliki HDL yang tinggi dapat meningkatkan harapan untuk terus hidup, ujar Barzilai.

Menurut American Heart Association, terdapat sekitar 12 juta orang di Negeri Paman Sam mengidap sakit jantung dan strok berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2006. Tetapi risiko gangguan jantung sebenarnya dapat diturunkan dengan cara menjaga paras kolesterol serta HDL tetap tinggi. Kadar HDL yang rendah, kurang dari 40 miligram per desiliter (mg/dL) dalam darah, selama ini juga dikenalpasti dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Penurunan Risiko

Ilmuwan dari Massachusetts Veterans Epidemiology and Research Information Center di Boston, AS, melakukan kajian terhadap 650 veteran ketika mereka berusia sekitar 65 tahun. Kemudian, veteran ini dikelompokkan berdasarkan paras HDL mereka.

Bermula dari kadar yang terendah iaitu 40 mg/dL, peneliti telah menghasilkan satu penemuan bahawa setiap 10 mg/dL peningkatan HDL, seseorang lelaki mengalami penurunan risiko 14 peratus meninggal dunia di usia 85 tahun. Secara keseluruhannya, ada 375 veteran yang dapat bertahan sehingga menjangkau usia tersebut.

Selain itu, didapati tidak ramai lelaki yang mempunyai kadar HDL yang tinggi mengalami kegemukan dan di antara mereka cenderung mengambil minuman alkohol tidak melebihi dua gelas sehari. Di antara mereka juga terdapat lebih sedikit yang mengalami gangguan jantung dan merokok, dibandingkan dengan kelompok yang mempunyai paras HDL yang rendah.

Menurut Barzilai lagi, faktor-faktor tersebut juga mungkin memberikan pengaruh terhadap daya tahan para lelaki. Walaupun begitu, para peneliti tidak mengambil kira faktor-faktor tersebut, dan hasil kajian telah menunjukkan hubungan yang kuat antara pencapaian usia 85 tahun dengan tingginya kadar HDL.

Barzilai menambah lagi, untuk mengubah kadar HDL dalam tubuh bukanlah suatu perkara mudah. Bersenam mungkin akan dapat membantu, tetapi ketika ini, belum ada cara yang paling efisien untuk memperbaiki kadar HDL.

Akhirnya kita mungkin juga perlu kepada ubat-ubatan, ujarnya.

Menurut Mayo Clinic, pengambilan suplemen salah satu jenis vitamin B iaitu niacin mungkin dapat membantu meningkatkan paras HDL antara 15 hingga 35 peratus. Tetapi, ada risiko kesan sampingannya iaitu kerosakan pada hati dan peningkatan kadar gula dalam darah. Walaubagaimanapun masih terdapat sumber niacin semulajadi dari produk tenusu, daging tanpa lemak, kekacang, telur dan ikan.

Sumber: http://health.kompas.com/read/2011/03/01/14314763/Kolesterol..Kunci.Panjang.Umur.Pria

Tuesday 10 May 2011

ce crite...

sekadar gambar hiasan

ni dah lama tak bercerita....slalu pun crite bed times story je for Adam...

so.. byk crite nak crite or lebih tepat nak luah isi hati lah... tapi sebab dah lama tak pernah luah isi hati jadi kekok skit nak taip.... sejak hal 3 tahun lapas aku jadi trauma nak berkongsi crite ngan orang.... but slow2 aku cuba tuk bercakap n bercerita or contact member2 lama... hari demi hari aku cuba kuatkan semangat berdepan ngan orang/kawan2 lama... feedback yang aku dapat amatlah terkejut bila mcm2 fitnah org buat selama aku menyepikan diri...biarlah... malas nak crite... org kata lambat laun yang benar akan terserlah gak... habis 1 bab...

ni yang sebenarnye nak crite...tadi baru pendahuluan...for da 2nd times perkara yang 3 tahun lepas mcm nak jadi je.... takut gak la... but with org lain la.... mujur kesabaran aku dapat dikawal lagi... aku tak paham la dgn org2 yang suka jaga tepi kain org nih... dah tak de keja lain ke hah?! geram tul la... sibuk rumah tangga org... biar la aku lakibini nak buat ape pun.. bukan kaco ko pun... let us build our own family la... lagipun bukan aku mintak nasihat ko pun... so plizzz la...

dah la kaco aku lakibini, dia kaco plak makbapak aku... ayarggg.... ini olang pun ada ka? nak laga2kan aku n mama plak dah... tak sudah2... g sampai crite yang bukan2 plak... konon nak sampaikan luahan ati aku la kat mama... otak dier..!! tu bukan nak sampaikan tu nak api2kan... siyes aku nak marah... siap leh semak segala buku nota aku.... selongkar segala benda aku... ko pe hal? nak cari gaduh ke? .... leh plak bgtau kat mama kata laki aku bebankan aku... patut tak aku hangin? bedebah tul la...

tapi aku baik.... diam je... tak pun sound dia... tak pun maki2 dia... jumpa dia leh senyum2 lagi... leh pura2 tak de pape yang terjadi.... GERAM...GERAM...

KEPADA SEMUA YANG BACA ENTRI NIH NILAI LA SNIRIK... PATUT AKU BUAT APE?

Wednesday 4 May 2011

BIG SUPRISE!!!


terharu di buatnye.... thanks so much dear... tak terkata ape yang hubby buat semalam... betul2 suprise.... mana tak nye, jenuh kepala n jiwa raga pikir mana nak cari downpayment for our new car but tup..tup... mr hubby dah pun bawak balik kete... dalam diam rupanye dia dah prepair everything dah... hihihihi..... jahat tul... kite nih punya la risau takut duit tak cukup nak bayar... hurm... betul2 terkejut smalam.. thank sayang...

Monday 2 May 2011

BiLa KuCinG ItIk BerBIcaRa..


Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan. Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah erikan oleh kaum wanita :-

LELAKI CAKAP :

” Saya ingin keluar dengan kawan-kawan.. ”

APA YANG WANITA FAHAM :

Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawa, beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalu boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita fahan dan tahu yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.

LELAKI CAKAP :

” Dia hanya kawab biasa..”

APA YANG WANITA FAHAM :

Kawa niasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana lelaki biasanya jenisyang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.

LELAKI CAKAP :

“Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)”

APA YANG WANITA FAHAM :

Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia memuji.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang tidak kena.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.

LELAKI CAKAP :

“Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…”

APA YANG WANITA DENGAR :

Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak. Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.

LELAKI CAKAP :

“Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…”

APA YANG WANITA DENGAR :

Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :

Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan, wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :

Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya “hai” pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.

15 BenDa LaKi PerLu Tau...



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat

dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan

bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Tuesday 26 April 2011

63 PETUA KELUARGA BAHAGIA

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t